| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan Dua Enjin Yang Boleh Berfungsi Dan Dua Enjin Statik Bagi Tujuan Latihan Buka Dan Pasang Oleh Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Penjara Malaysia

Petaling Jaya, 11 Okt 2017 (Rabu) - Jabatan Penjara Malaysia telah menerima sumbangan enjin yang berfungsi dan enjin statik daripada HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi latihan kemahiran automotif  juvana Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Sumbangan disampaikan oleh Dato’ Johny Chan, Ketua Pengarah Eksekutif HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd.  kepada Jabatan Penjara Malaysia yang diwakili oleh PKP Abdul Rahman bin Taib, Pengarah Sekolah Henry GurneyTelok Mas, Melaka.  

Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan tersebut ialah TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), KP Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan TKP Dato’ Sakeri bin Haji Dollah, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Vokasional dan Industri).

Selaras dengan matlamat memperkasakan modal insan, Jabatan Penjara Malaysia  komited untuk menjadikan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka sebagai hub TVET (Technical and Vocational Education and Training) dalam bidang automotif.  Ini membolehkan juvana yang dilatih dalam bidang automatif bukan sahaja dapat mengetengahkan potensi diri, malah mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan selepas dibebaskan.