| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kem Bersepadu & Jati Diri Di Gandah Forest Park, Temerloh, Pahang

Pada 29 hingga 30 Disember 2018, bertempat di Gandah Forest Park, Temerloh, Pahang telah diadakan Kem Bersepadu & Jati Diri yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Majid Penjara Bentong, Pahang. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga kakitangan Penjara Bentong hadir untuk menyertai Kem Bersepadu Dan Jati Diri ini. Antara Objektif Kem Bersepadu & Jati Diri ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cabaran hidup dan melahirkan peserta yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi.  Beberapa program telah dilaksanakan sepanjang tempoh penganjuran Kem ini. Di antaranya adalah memanah, menyumpit, menaiki ATV dan jungle tracking. Selain itu terdapat juga pemberian sumbangan keperluan asas kepada masyarakat orang asli di sekitar kampung Kuala Gandah. Turut hadir menyertai Kem ini PP Mohd Marzuki Bin Ibrahim, TPP Mohamad Hasnor Bin Abd Hamid , TPP Khalid Bin Mohamad Yusoff dan PPP Ramaino Bin Mohd Yusoff.