| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh

Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh telah diadakan pada hari Rabu, 28 November 2018 di Surau Penghuni, Penjara Sungai Buloh. Antara pengisian program ialah perarakan, bacaan ayat suci Al–Quran, ceramah yang telah disampaikan oleh Sohibul Fadhil Ustaz Muhamad Aizuddin bin Kamarul Zaman, penyampaian Tokoh Maulidur Rasul Penghuni oleh PPP Amran Bin Abdullah dan majlis selawat yang dipimpin oleh Ustaz Amir Adili bin Mohd Noor, Ketua Unit Agama, Penjara Sungai Buloh. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 Tengahari. Seramai 200 orang banduan dan tahanan terlibat dalam program ini.