| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Azan, Pidato dan Nasyid Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Puncak Alam PKPA 2018

Pada 27 Disember 2018 telah diadakan Pertandingan Azan, Pidato dan Nasyid Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) bertempat di Surau Abu Bakar As-Siddiq (Surau Penghuni) PKPA. Seramai lebih kurang 100 orang penghuni telah terlibat dalam ketiga-tiga acara yang dipertandingkan.  Pertandingan ini adalah anjuran bersama PKPA dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM). Pertandingan dimulakan dengan ucapan aluan oleh PKP Amer Shariffudin bin Mat Noor, Pengarah PKPA serta ucapan oleh YDP PSWM, Datin Fauziah Binti HJ Mohd Ramly. Objektif pertandingan adalah memberikan pendedahan berkaitan Azan, Nasyid dan Pidato kepada penghuni disamping membina keyakinan diri dikalangan penghuni. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang dengan diakhiri majlis penyampaian hadiah yang disumbangkan oleh PSWM.