| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kursus IT XLR8 Pelajar SHG Telok Mas, Melaka

Sejajar dengan arus globalisasi, teknologi maklumat merupakan satu keperluan yang penting bagi memudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, Yayasan Generasi Gemilang telah mengadakan program Kursus IT “XLR8” khas bagi pelajar-pelajar unit akademik. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Microsoft Youthspark Grant. Program yang dijalankan selama empat hari bermula pada 7 Ogos hingga 10 Ogos 2018 ini melibatkan seramai 80 orang penghuni. Dalam program ini pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran asas komputer seperti Microsoff Word, Excel dan Power Point. Majlis Perasmian penutupan telah  disempurnakan oleh PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas, TPP Yusni Bin Habibullah, Ketua Bahagian Pemulihan, Guru Unit IT  dan (5) Tenaga Pengajar dari Yayasan Generasi Gemilang.