| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program #QuranHour Penjara Kajang

Pada 7 Jun 2018 (Khamis) bersamaan 22 Ramadhan 1439H, Seksyen Pemulihan  Penjara Kajang telah mengadakan Program ‘#QuranHour’ peringkat penghuni Penjara Kajang. Program  ini telah diadakan Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK). Program dimulakan dengan bacaan Surah Al – Hujuraat secara beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Abd. Rahman Bin Abd. Khani. Program diteruskan dengan mentadabbur Surah Al- Hujuraat oleh Ketua Unit Agama Islam, Ustaz Azhar Bin Hj Wi. Turut hadir pada program ini ialah PKP Muhamad Kamal Bin Shamsudin diiringi oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh. Seramai 500 orang penghuni terlibat dengan program ini yang bertepatan dengan bulan turunnya Al-Quran yang penuh keberkatan.