| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Meraikan Pertukaran Pegawai Dan Anggota Penjara Pusat Sri Aman

Pada 25 Mei 2018 (Jumaat) yang lalu, Penjara Pusat Sri Aman telah meraikan 2 orang pegawai yang bertukar ke institusi baru mereka. Majlis perpisahan dihadiri oleh Pegawai Kanan Penjara Pusat Sri Aman meraikan KIP Alludin Bin Hassim yang telah berkhidmat di institusi ini selama 10 tahun dan bertukar ke Pusat Koreksional Bintulu manakala Kpl. 17384 James Acansion Anak Sylvester yang telah berkhidmat di institusi ini selama 5 tahun dan bertukar ke Penjara Puncak Borneo, Kuching. Warga kerja Penjara Pusat Sri Aman mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa khidmat kedua-dua mereka dan selamat maju jaya di tempat baru mereka bertugas kelak.