| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Probation & Community Correction ke Penjara Dusun Dato’ Murad

04 Mei 2018 (Jumaat) : Penjara Dusun Dato’ Murad telah menerima lawatan kerja daripada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Probation & Community Correction yang diketuai oleh YBhg KP Dato’ Haji Nordin Bin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan. Ketibaan rombongan ahli mesyuarat tersebut telah disambut oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin yang mewakili Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad. Aturcara lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg KP Dato’ Haji Nordin dan taklimat berkaitan Program Pemulihan di Penjara Dusun Dato’ Murad. Seterusnya, rombongan ahli mesyuarat telah dibawa melawat ke sekitar kawasan agro untuk melihat Program Pemulihan yang berkonsepkan agro. Sesi lawatan tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari, penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar.