| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program ‘Masih Ada Yang Sayang’ SHG Telok Mas Melaka

Pada 25 April 2018, seramai 23 Mahasiswa Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya Kuala Lumpur telah mengadakan program ‘Masih Ada Yang Sayang’ bersama-sama penghuni wanita Tun Teja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program yang diadakan di Dewan Seroja ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan berkongsi pengetahuan bersama pelajar disamping membentuk jati diri di kalangan pelajar. Program ini disertai oleh Dr Abd Razak Bin Zakaria, Pensyarah Penasihat Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas  telah menyempurnakan perasmian penutupan dan menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang terlibat.