| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Pemantapan Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti

Pada 13 hingga 14 Mac 2018, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kursus Pemantapan Penulisan Minit Mesyuarat Berkualiti bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Kursus tersebut telah dihadiri seramai (35) orang pegawai dan kakitangan seluruh Institusi Penjara Sarawak. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Encik Mortadza bin Haji Adenan, Penolong Perunding Latihan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak. Pengisian kursus adalah seperti Simulasi dan Post Mortem, Taklimat Asas Pengurusan Mesyuarat Berkualiti, Menyediakan dan Menyemak Minit Mesyuarat, Sesi Pembentangan dan diakhiri dengan Taklimat Tatacara Penyediaan Minit Mesyuarat Berkualiti.