| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Reman Pulau Pinang Tahun 2018

Pada  07 Mac 2018 (Rabu) Unit  Pemulihan (PPI)  Penjara Reman Pulau  Pinang telah mengadakan Program  Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018 Peringkat Penghuni bertempat  di Kantin Pegawai, Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang diiringi TPP Zulfakri Bin Ahmad, Timbalan Penguasa Penjara. Seramai (5) orang  penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan  yang berguna setelah dibebaskan kelak.