| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Bowling Kelab Pegawai Kanan Dan Persatuan Isteri, Anak Dan Anggota Serta Kakitangan Wanita Jabatan Penjara Malaysia (PERSIAP) Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

10 Mac 2018 (Sabtu) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan satu Kejohanan Bowling Kelab Pegawai Kanan Dan Persatuan Isteri, Anak Dan Anggota Serta Kakitangan Wanita Jabatan Penjara Malaysia (PERSIAP) di U-Bowl Aeon Seremban 2 melibatkan seramai 53 orang peserta. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dihormati PKK Hafidz Bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan isteri Puan Fifiyanty Binti Abdul Manan, Pengerusi PERSIAP Negeri Sembilan. Turut hadir dalam pertandingan tersebut adalah PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan isteri Puan Zakiah Binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.