| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program “Mentor-Mentee” Penjara Tapah

Pada 3 Disember 2019 (Selasa), institusi Penjara Tapah telah menerima seramai (18) anggota yang baru selesai menjalani Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP). Meskipun telah selesai menjalani kursus asas, anggota baharu lebih mudah terdedah dengan pelbagai cabaran sehingga boleh terjerumus dalam gejala yang tidak sihat. Justeru itu, institusi telah mengambil inisiatif dengan melantik mentor dikalangan Sarjan Mejar (SM) untuk memantau, memberikan khidmat nasihat dan sebagainya ke atas anggota yang baru selesai menjalani KSAPP di institusi ini bagi salah satu kaedah untuk mendepani situasi ini. Institusi telah mengadakan majlis penyerahan Mentor-Mentee yang telah disempurnakan oleh TKP Kamarudzaman bin Haji mamat, Pengarah Penjara Tapah.