| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Pemantapan Pegawai Pemulihan Dan Pembangunan Insan Penjara Bentong

Pada 26 hingga 28 Disember 2019 telah diadakan Kursus Pemantapan Pegawai Pemulihan Dan Pembangunan Insan yang dianjurkan bersama oleh Unit Latihan dan Unit Pemulihan Dan Pembangunan Insan Penjara Bentong. Kursus ini disertai oleh 70 peserta yang terdiri daripada pegawai Unit Pemulihan Dan Pembangunan Insan Penjara Bentong dan Penjara Penor. Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam dari segi pemulihan yang perlu ada pada pegawai untuk diterapkan kepada penghuni-penghuni melalui program-program yang telah dijalankan di penjara. Selain itu, pegawai juga diberi pendedahan tentang tatacara mengambil sampel air kencing untuk ujian pengesanan dadah.