| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kempen Derma Darah Penjara Sungai Petani

Pada 4 Disember 2019 (Rabu), Penjara Sungai Petani, Kedah  dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hosptital Sultan Abdul Halim telah mengadakan Program Derma Darah bagi kakitangan dan warga Penjara Sungai Petani untuk menampung keperluan pembekalan darah untuk kegunaan pesakit bagi kes-kes yang memerlukan pemindahan darah. Program bermula pada pukul 10.00 pagi bertempat di Dewan Seminar Penjara Sungai Petani. Kehadiran kakitangan uniform dan awam Penjara Sungai Petani amat menggalakkan. Hadir sama dalam memeriahkan dan menjayakan program ini ialah Pengarah Penjara Sungai Petani PKP Nazri bin Mohamad.