| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sanjungan Budi Dan Penutupan Sukan Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah Tahun 2019

02 Disember 2019, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Sanjungan Budi peringkat penghuni bagi tahun 2019. Seramai 240 orang penghuni hukum dan reman terlibat di dalam program tersebut. Majlis dimulakan persembahan kumpulan busker oleh penghuni . Seterusnya ucapan oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa Zaini b. Ibrahim,Timbalan Pengarah Negeri Kedah, disusuli ucapan YB Hajah Halimaton Shaadiah Binti Saad  dan merasmikan program sanjungan budi dan penutupan sukan penghuni. Majlis di serikan lagi  pertandingan nyanyian dan teater seterusnya penyampaian hadiah kepada penghuni dan penyampaian sijil penghargaan kepada badan NGO. Turut hadir dalam majlis tersebut  PKP Nazri Bin Mohamad Pengarah Penjara Sungai Petani ,PP Abd Zaini Bin Ibrahim Timbalan Pengarah Penjara,TPP Mohd Yusrizal b. Othman , TPP Zaini Bin Ahmad ,Timbalan Penguasa Penjara serta pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.