| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pengisytiharan Surau Diri Jumaat Al-Hidayah, Penjara Taiping

Majlis Pengisytiharan Surau Diri Jumaat Al-Hidayah, Penjara Taiping telah
diadakan pada hari Jumaat, 25 Oktober 2019 bersamaan 26 Safar 1441H. Antara pengisian program ialah ucapan oleh Yang Dihormati, PKK Haji Mohd Farid bin Kassim, Pengarah Penjara Taiping dan Ucapan Pengisytiharan Surau Diri Jumaat Al-Hidayah Penjara Taiping oleh Yang Berbahagia, Sahibus Sa’adah Tuan Haji Kamaruddin bin Adam, Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perak merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Program diteruskan dengan sesi menandatangani plage pengisytiharan Surau Diri Jumaat Al-Hidayah dan penyampaian cenderahati. Seterusnya diadakan Solat Jumaat yang pertama di surau ini. Khutbah Pertama di surau ini disampaikan oleh Sjn 12902 Abdul Raqib bin Mohd Yusop sekaligus mengimamkan solat. Seramai 150 orang banduan terlibat di dalam program ini.