| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Aktiviti Bengkel Solat Siri Iii / 2019 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 14 November 2019, Unit Agama, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Bengkel Solat Siri III / 2019 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu bertempat di Surau Nur As-Sakinah, Penjara Wanita Kota Kinabalu.
Penceramah yang mengendalikan bengkel tersebut adalah Ustazah Nurlila binti Ansanullah,  Pegawai Hal Ehwal Islam dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL), IPK Sabah. Penglibatan penghuni dalam ceramah tersebut adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada banduan dan banduan muda.

Ceramah telah berlangsung bermula pada 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh KIP Fordiah binti Kassim, Ketua Unit Pendidikan dan Pemulihan, Penjara Wanta Kota Kinabalu.