| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Rasmi YA Bhg Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang Ke Penjara Puncak Borneo

Pada 14 November 2019 (Khamis), bertempat di Bengkel Songket SaraPride Penjara Puncak Borneo telah menerima Lawatan Rasmi daripada YABhg Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak serta rombongan yang disambut oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak PKK Fathi bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo PKP Hamdan Salleh bin Majin serta pegawai daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Penjara Puncak Borneo.

Turut hadir pada Lawatan Rasmi iaitu Pegawai Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Kerja Raya Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Pengurus Besar CENTEXS Commercial Services, Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS, Alvin  Interior Deco, Special Project Officer Old Kuching Smart Heritage (OKSHE)dan juga TVSarawak. Bengkel Songket SaraPride Penjara Puncak Borneo iaitu Bengkel Songket yang julung kalinya diwujudkan di Borneo.

Kewujudan bengkel Songket Sarawak adalah hasil kerjasama Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telah menyalurkan dana kepada Penjara Puncak Borneo untuk pembaikan dan pengubahsuaian bengkel tersebut. Setakat ini terdapat (10) buah rumah tenun (kek), (2) buah mesin menerai benang dan (1) buah mesin menganing benang. Kesemua mesin ini telah ditempah di Bengkel Kayu Penjara Pusat Miri. (3) orang pegawai penjara berpangkat Sarjan dan Kopral telah dihantar berkursus untuk mempelajari cara-cara menenun dan menyongket selama (4) bulan di CENTEXS Santubong Kuching.