| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali Peringkat Orang Diselia Pusat Koreksional Jasin, Melaka Tahun 2019

Pada 08 November 2019 (Jumaat), bertempat di Parkir Utama Pusat Koreksional Jasin telah diadakan Program Jalinan Kasih sempena Deepavali Peringkat Orang Diselia (ODS) 2019 yang telah dirasmikan oleh PP Mohd Marzuki Bin Ibrahim. Majlis tersebut melibatkan seramai 06 Keluarga yang terpilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Seramai 30 orang ahli keluarga telah hadir memberikan sokongan dan menjayakan program tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut ialah En Sekhar A/L Marimutthu penceramah agama Hindu dari persatuan Hindu Sangam Malaysia.