| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan Penjara Penor bagi bulan November 2019

Majlis Perbarisan Bulanan Penjara Penor bagi bulan November 2019. Disempurnakan oleh YH. Penolong Kanan Komisioner Dato’ Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor pada 06 November 2019 ( Rabu ) bertempat di Padang Kawad Penjara Penor, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Penolong Kanan Komisioner Charin Promwichit, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang merangkap Timbalan Pengarah Penjara Negeri Phang. Dalam majlis tersebut, seramai ( 04 ) orang kakitangan dinaikkan pangkat daripada Pegawai Penjara Gred KA 22 kepada Pegawai Penjara Gred KA 24, ( 26 ) orang kakitangan dinaikkan pangkat daripada Pegawai Penjara Gred KA 20 kepada Pegawai Penjara Gred KA 22, ( 01 ) orang kakitangan dinaikkan pangkat daripada Pegawai Penjara Gred KA 19 kepada Pegawai Penjara Gred KA 20 yang melibatkan kakitangan dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pahang, Penjara Penor, Pejabat Parol Daerah Kuantan, Pejabat Parol Daerah Temerloh dan Pusat Reintegrasi Penghuni, Kem Batu 10 serta ( 04 ) orang kakitangan menerima sijil penghargaan dan anugerah personaliti bulanan bagi bulan  Julai, Ogos, September, Oktober