| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Limbang

Pada 6 November 2019, bertempat di Dewan Gemilang, Penjara Limbang, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Penjara Limbang di antara Penguasa Penjara Hamad bin Seman kepada Penguasa Penjara Jaafar bin Timbang yang disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dilengkapkan lagi dengan Upacara Membawa Dokumen Serah Tugas dan Tongkat Kuasa dan diteruskan dengan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa. Turut diadakan upacara Serah Terima Tugas Pengerusi PERSIAP Cawangan Limbang di antara Pn. Noor Zuraizah Bt Yasa, Pemangku Pengerusi PERSIAP Cawangan Limbang kepada Pn. Norlia Binti Bakar, Pengerusi PERSIAP Cawangan Limbang yang baru.