| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Karnival Sukan Tahunan Penghuni

Pada 10 sehingga 12 September 2019, Unit Program Pemulihan Insan (PPI) Pusat Koreksional Bintulu telah menganjurkan Karnival Sukan Tahunan Penghuni bagi tahun 2019 bertempat di kawasan padang dalam dan blok penempatan penghuni. Seramai 350 orang penghuni telah terlibat dalam karnival sukan pada kali ini yang telah dibahagikan kepada 8 pasukan. Sebanyak 8 jenis sukan telah dipertandingkan diantaranya ialah bola sepak, bola tampar, sepak takraw, ping pong, tarik tali, olahraga, gusti lengan, dan karom. Majlis perasmian pembukaan dan penutupan karnival sukan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Penguasa Penjara Bolkiah Bin Srah. Pada majlis penutupan juga telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan dengan menyanyikan beberapa buah lagu berunsurkan patriotik sambil mengibarkan jalur gemilang. Turut diadakan juga ialah perlawanan persahabatan bola tampar dan sepak takraw diantara kakitangan dan penghuni pada hari terakhir karnival sukan berlangsung.