| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kolokium Dan Bengkel: “Preventing /Countering Violent Extremism And Radicalism (P/Cver) In Prison 'What's Working?'

Pada 1-3 Oktober 2019, bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan Kolokium dan Bengkel: “Preventing /Countering Violent Extremism and Radicalism (P/CVER) in Prison – What’s Working?”. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan perkembangan semasa berkaitan aktiviti keganasan (current trend in terrorist’s movement), berkongsi dengan peserta tentang pengalaman mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti keganasan dan juga inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk menangani isu ini. Majlis ini turut dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu Kolokium dan bengkel. Sesi pertama (kolokium pada 1 Oktober 2019) yang diadakan di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), seramai 4 penceramah jemputan luar dijemput untuk membentangkan kertas pembentangan bagi menjayakan matlamat Kolokium ini iaitu DCP Dato’ Ayub Khan Mydin Pitchay dari PDRM, Tuan Budiman Lutfi Mohamed dari Jabatan Peguam Negara, S.S Tuan Haji Zamri bin Hashim, Timbalan  Mufti Negeri Perak dan Mr Thomas Karuth Samuel, Regional Consultant on Terrorism Prevention dari United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Peserta yang terlibat dalam kolokium ini terdiri pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua institusi, pegawai-pegawai kanan dan anggota Jabatan Penjara, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), agensi-agensi luar seperti Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Mufti negeri, Pusat Serantau Mencegah Keganasan (SEARCCT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Pengajian Tinggi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain.

Bagi sesi kedua (bengkel pada 2-3 Oktober),  melibatkan peserta dari Jabatan Penjara, Polis DiRaja Malaysia(PDRM), Pusat Serantau Mencegah Keganasan (SEARCCT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Negeri Perak dan Ahli Akademik yang terlibat secara langsung dalam program deradikalisasi telah dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi sesi Focus Group Discussion. Tujuan utama adalah untuk membincangkan setiap 3 pendekatan yang telah dikenalpasti iaitu modul keagamaan, Modul Psikologi Kaunseling dan Modul Keselamatan dan Pencegahan Umum. Di akhir program, pembentangan Resolusi Deraf Modul Pemulihan Deradikalisasi oleh Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia.