| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sambutan Pesta Kuih Bulan Bagi Penghuni Beragama Buddha Penjara Kajang 2019

Pada tarikh 07 Oktober 2019 Unit Program Pembangunan Insan Penjara Kajang (Lain-lain agama) telah mengadakan Program Sambutan Pesta Kuih Bulan bagi penghuni yang beragama Buddha. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama penghuni serta dapat meningkatkan jati diri penghuni melalui program keagamaan. Seramai (25) orang banduan akhir serta (151) orang penghuni yang beragama Buddha telah menyertai program ini. Program ini telah dihadiri oleh wakil Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Buddha iaitu En.Chang Kian Hock dan PPP Rathakrishnan dan IP Tharumanraj a/l Nadaraja  sebagai wakil Penjara Kajang.