| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Daripada Pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia Di Kuching Ke Penjara Limbang, Sarawak

Pada 19 September 2019 (Khamis) 11.00 pagi, seramai tujuh (7) orang Pegawai Kedutaan Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kedutaan Republik Indonesia Kuching telah membuat lawatan ke Penjara Limbang yang diketuai oleh Bapak Lucky Nugraha (PF Konsuler 1). Tujuan lawatan diadakan adalah bertemu dengan 47 orang banduan warga negara Indonesia yang ditahan di Penjara Limbang. Rombongan telah disambut oleh Penguasa Penjara Tze Khee Shoon. Turut diadakan taklimat ringkas daripada Penjara Limbang dan seterusnya lawatan bertemu banduan warga negara Indonesia. Lawatan selesai pada 2.30 petang.