| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Tamat Fasa 1 Siri 3/2019 Dan Kibaran Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Penghuni Penjara Kajang

Pada 29 Ogos 2019, Jawatankuasa Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Program Perbarisan Tamat Fasa 1 Siri 3/2019 peringkat penghuni Penjara Kajang. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pemulihan iaitu PKP Muhamad Kamal Bin Shamsuddin. Turut hadir TPP Shollehin Bin Dahari, PPP Rathakrishnan A/L Kanniah dan barisan pegawai kanan serta anggota lain-lain pangkat. Seramai 181 orang penghuni terlibat dalam perbarisan ini dimana terbahagi kepada 6 platun, dan setiap platun mewakili zon Blok Kekal, Blok Gemilang dan Rawatan Pemulihan Dadah (RPD). Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama penghuni serta dapat meningkatkan lagi tahap disiplin disamping mewujudkan semangat cintakan negara serta kerjasama dalam pasukan. Pendekatan ini mampu memberi kesan yang positif kepada penghuni selama menjalani tempoh hukuman.