| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Solat Jumaat Bersama Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Haji Maarof Bin Haji Mat Rashad Undang Luak Jelebu Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Bagi Tahun 2019

13 September 2019 (Jumaat) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menerima kunjungan Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Haji Maarof bin Haji Mat Rashad Undang Luak Jelebu bersama Lembaga Adat Negeri Sembilan untuk menunaikan solat jumaat bersama kakitangan di Surau Al-Ikhlas IPDJ. Turut hadir TKP Mohd Muslih bin Mohamud Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM bersama PKK Rahmat bin Abdul Rani Pengarah Penjara Negeri Sembilan serta PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama kakitangan di Rumah Kelab, IPDJ.