| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Pertandingan Futsal Piala Pengarah Penjara Puncak Borneo Sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2019

Pada 10 September 2019 (Selasa) bertempat di Gelanggang Futsal Stakan, Kuching, Kelab Bolasepak Penjara Puncak Borneo telah mengadakan pertandingan futsal tertutup Piala Pengarah Penjara Puncak Borneo bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2019. Pertandingan yang buat julung kalinya diadakan itu telah menarik penyertaan seramai 10 buah pasukan yang terdiri daripada bahagian / unit di Penjara Puncak Borneo serta menampilkan dua pasukan jemputan dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Penjara Sri Aman. Pertandingan dibahagi kepada dua kumpulan mengikut nama negara Eropah. Empat pasukan telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir terdiri daripada pasukan Germany, Italy, Netherlands dan Portugal. Semua pasukan berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan mempamerkan aksi-aksi skill yang menarik. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Italy dari Penjara Sri Aman mengalahkan pasukan Netherlands dari Bahagian Keselamatan Penjara Puncak Borneo melalui penentuan sepakan penalti 2:1 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1:1. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh PKP Hamdan Salleh Bin Majin sekitar jam 11:00 malam. Tahniah kepada semua pasukan dan anggota yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.