| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perasmian Barber Shop & Easy Iron (Unit Vokasional & Industri) Pusat Koreksional Jasin, Melaka

27 Ogos 2019 (Selasa), bertempat di perkarangan Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan perasmian pembukaan Barber Shop dan Easy Iron oleh YBhg. Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka diiringi oleh PKP Noratimah binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka serta Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Tujuan perlaksanaan Barber Shop dan Easy Iron untuk memberi latihan kemahiran kepada ODS di samping membantu ekonomi masyarakat setempat dengan menawarkan harga gunting rambut yang lebih rendah. Pengoperasian Barber Shop dan Easy Iron ini pada setiap Hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala pada hari Sabtu & Ahad mengikut kepada temujanji semasa.