| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Penjara Negeri Sarawak

Pada 16 Ogos 2019 (Jumaat), Majlis Pemakaian Pangkat bagi Skim Perkhidmatan Penguasa Penjara Gred KA41 dan Penolong Penguasa Penjara KA29 Penjara Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak pada jam 8.30 pagi. Seramai 3 orang pegawai dari Skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA32 telah dinaikan pangkat ke Skim Perkhidmatan Penguasa Penjara Gred KA41 dan 3 orang pegawai telah dinaikan pangkat dari Skim Perkhidmatan Pegawai Penjara Gred KA22 ke Skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA29. Majlis pemakaian telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis turut dihadiri oleh PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YDH PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan pegawai serta kakitangan Kompleks Penjara Negeri Sarawak.