| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Erti Sebuah Kemerdekaan Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting Tahun 2019

Pada 06 Ogos 2019 (Selasa), Unit Pengurusan Psikologi Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan program Ceramah Erti Sebuah Kemerdekaan Peringkat Penghuni Tahun 2019. Program ini yang bertemakan “kebebasan yang di salah ertikan” dianjurkan bagi memberi kesedaran dan celik akal kepada banduan tentang kepentingan sebuah kebebasan serta menanamkan kesedaran agar para banduan memahami erti kehidupan yang sebenar dan berusaha untuk berubah dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pogram ini melibatkan seramai 88 orang banduan warganegara pelbagai kaum yang terdiri daripada 2 blok iaitu, Blok Lestari dan Blok Kekal. Ceramah telah disampaikan oleh Penceramah jemputan Encik Mohd Shafiq Hafizi Bin Sobri, Pegawai Psikologi daripada Sekolah Tunas Bakti, Taiping. Majlis turut dihadiri oleh PP Hj. Mohd Radzun Bin Othman Ketua Bahagian Pemulihan dan Pegawai Psikologi Institusi Encik Mohamad Mawardi Bin Mazuan. Program di akhiri dengan penyampaian sijil perhargaan kepada penceramah jemputan dan sedikit jamuan ringan.