| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Berjalan Lasak Penjara Puncak Borneo Division B Di Taman Negara Santubong

Pada 03 Ogos 2019 (Sabtu) telah berlangsung Program Berjalan Lasak Bagi Pegawai Division B, Penjara Puncak Borneo ke Taman Negara Santubong. Seramai 75 orang anggota lain-lain pangkat termasuk pegawai kanan dan kakitangan awam turut serta di dalam program yang dijalankan. Program ini turut disertai oleh Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh bin Majin dan Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Fathi bin Mursidi.

Objektif program tersebut diadakan adalah untuk memupuk semangat serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan anggota dan kakitangan awam selain itu ianya bertujuan untuk mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dikalangan anggota sekaligus mampu meningkatkan kualiti dan integriti serta produktiviti bagi mencapai visi dan misi Jabatan Penjara Malaysia.