| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Malam Jasamu Di Kenang peringkat Zon Selatan 2019

Pada 12 Julai 2019, Majlis Malam Jasamu Di Kenang Peringkat Zon Selatan telah di adakan di Dewan Citra Kasih, Air Keroh Melaka di bawah kelolaan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri YBhg. Datin Sri Noraini bt Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia, Turut hadir KP Ariffin bin Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Banduan merangkap Pengerusi POA,  TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan  Profesionalisme, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Pengarah Penjara Negeri Johor serta Ketua-ketua institusi Zon Selatan. Seramai (46) orang pesara dan (53) anak cemerlang kakitangan Jabatan Penjara Zon Selatan  turut diraikan pada malam tersebut.