| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kembara Muamalah Bank Islam dengan kerjasama Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019

Pada 11hb Julai 2019 (Khamis) – Bertempat di Surau Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Bank Islam Sabah  telah mengadakan Program Kembara Muamalah Bank Islam. Seramai 51 orang banduan terpilih menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 20 orang kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program telah diserikan dengan kehadiran PP Kalbin Hj Mohd Said Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Tuan Hj Ismail Bin Nuhin Pengurus Cawangan Bank Islam Sabah, Tuan Hj Muhammad Faiz Bin Ibrahim wakil kumpulan Shariah Bank Islam, Kuala Lumpur selaku penceramah, rombongan dari Bank Islam cawangan Kota Kinabalu serta pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat. Program pada hari tersebut diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hj Muhammad Faiz Bin Ibrahim bertajuk “Kerja Halal Rezeki Haram”. Majlis ceramah juga diselangi dengan soal jawab yang diajukan oleh penghuni serta kakitangan penjara yang hadir. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada pengghuni dan juga kakitangan bertapa pentingnya menjaga dan menjalankan tanggungjawab khususnya semasa bekerja dan mencari rezeki untuk kehidupan seharian dengan berpandukan syariat agama yang sebenar.