| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Julai 2019 Penjara Sungai Petani,Kedah

Pada 9 Julai 2019 telah diadakan Perbarisan  Bulanan Peringkat Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz  Rosmizal bin Abdullah dan bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh Timbalan Penguasa Penjara Zaini bin Ahmad. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil perlantikan SJN TBBK kepada 62 kakitangan dan juga penyampaian sijil penghargan kepada kakitangan yang telah merangkul kejuaraan Festival Teater Remaja DBP & Penjara yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Susun atur majlis diteruskan dengan penyampaian Tokoh Bulanan bagi bulan Jun  iaitu KPL 15720 Roshdi bin Omar. Majlis   diakhiri dengan ucapan Pengarah Penjara Sungai Petani.