| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sambutan Pesta Menuai, Hari Raya Aidilfitri, Hari Wesak Dan Hari Ibu Bapa Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

Penjara Wanita Kota Kinabalu - Pada 21 Jun  2019 (Jumaat), institusi ini telah mengadakan program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Pesta Menuai, Hari Raya Aidilfitri, Hari Wesak Dan Hari Ibu Bapa bagi peringkat penghuni yang diadakan bertempat di Dewan Sekolah Integriti Penjara Wanita Kota Kinabalu. Seramai 14 orang penghuni dan 42 orang ahli keluarga terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Katherine Lee Mei Oi bersama 05 Hakim Pelawat serta para jemputan dari Prison Fellowship dan Persatuan Buddha. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga serta menyemai rasa kasih sayang agar penghuni tidak merasa dipinggirkan walaupun dipisahkan oleh tembok penjara.