| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Dan Mesyuarat Kerjasama Strategik Di antara Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja, dan Yayasan Peneraju Bumiputera Di SHG Telok Mas Melaka

Lawatan Kerja dan Mesyuarat Kerjasama Strategik Di antara Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja dan Yayasan Peneraju Bumiputera telah diadakan pada 13 Jun 2019. Lawatan ini diketuai oleh En Ahmad Nazri Bin Haji Abdul Azid, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Kementerian Manusia En Rahmat Bin Ismail,Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri, Wilayah Persekutuan, Cik Noor Akmal Binti Zulkifli , Bahagian Perancangan Strategik Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Objektif lawatan dan mesyuarat tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penghuni yang memiliki kemahiran untuk diserapkan ke dalam industri-industri berkaitan selain memberi khidmat sokongan semasa transisi pembebasan kepada penghuni yang memerlukan. Mesyuarat juga mencadangkan perlunya usahasama dalam penyediaan latihan di antara SHG dengan Pusat Latihan Kemahiran yang berhampiran yang akan diterajui oleh Kementerian berkenaan.