| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Bersama Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sarawak 2019

Majlis Iftar Ramadhan bersama Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sarawak telah diadakan pada 16 Mei 2019 (Khamis) yang telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak. Majlis dimulakan dengan ceramah Ramadhan bertajuk ‘Madrasah Ramadhan Mengajar Ummah Erti Kesyukuran’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hatta bin Abdullah dan seterusnya majlis berbuka puasa. Majlis diserikan lagi dengan penyerahan zakat Penghuni kepada wakil Baitulmal iaitu Encik Iskandar Allan, Timbalan Ketua Sektor Operasi Baitulmal Sarawak. Seramai hampir (70) penghuni dan (6) keluarga penghuni turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan moreh.