| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Muhibbah dan Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019 Yang Dirasmikan Oleh YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persiap Malaysia

Pada 11 Mei 2019, YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persiap Malaysia telah mengadakan Lawatan Muhibbah bagi melawat ahli Persiap dan Pesakit Kronik di Penjara Pusat Miri. Lawatan ke rumah ahli iaitu Puan Sabtuyah binti Saruji yang menghidap “Complex Liver Cyst” telah diadakan pada jam 2.30 petang yang telah disertai oleh Puan Hajah Aemyzarina binti Haji Badrin, Pengerusi Persiap Negeri Sarawak, Pengerusi Persiap Cawangan Negeri Sarawak serta ahli-ahli Persiap Cawangan Penjara Pusat Miri. Pada sebelah petang pula, beliau turut bersama-sama dalam Majlis Iftar Ramadhan Bersama Kakitangan dan Keluarga Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019/1440H. Selain itu, pada 12 Mei 2019 beliau turut menyempurnakan perasmian bagi Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019 bersama ahli persiap dan juga penghuni wanita di Penjara Pusat Miri. Aturcara majlis tersebut bermula seawal jam 9.00 pagi dimulai dengan persembahan sketsa oleh penghuni, gimik perasmian Hari Ibu, penyampaian cenderahati kepada ahli Persiap dan wakil penghuni seterusnya sesi ramah mesra bersama dengan penghuni wanita di Penjara Pusat Miri.