| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Iftar Perdana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bersama Penghuni Penjara Dusun Dato’ Murad

10 Mei 2019 (Jumaat) : Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Unit Agama & Kaunseling Penjara Dusun Dato’ Murad telah mengadakan Majlis Iftar Perdana Bersama Penghuni. Majlis tersebut diadakan di Padang Kawad Penghuni Penjara Dusun Dato’ Murad. Ketibaan rombongan MAIM seramai 30 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Azman Bin Haji Aziz selaku Setiausaha MAIM telah disambut oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad. Majlis bermula pada jam 5.30 petang dengan tazkirah Ahlan Ya Ramadan oleh penceramah MAIM. Antara pengisian majlis ialah persembahan oleh penghuni, penyampaian sijil perlantikan Naqib, penyampaian cenderahati dan penyerahan zakat fitrah banduan oleh wakil Amil. Majlis berakhir pada jam 8.00 malam selepas Solat Maghrib berjemaah.