| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah “Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan” dan Pelancaran Ihya' Ramadan Pusat Koreksional Jasin Tahun 1440H/2019M

Selasa, 23 April 2019 bersamaan 17 Syaaban 1440H, Ceramah Sempena Menyambut Bulan Ramadan bagi tahun 1440H/2019M telah diadakan di Surau An-Nur, Pusat Koreksional Jasin. Ceramah Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menjalani Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridzwan Bin Hj Yasin, Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Majlis dimulakan dengan alunan selawat secara beramai-ramai dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahan oleh Orang Di Selia (ODS). Seramai 125 orang peserta yang terlibat untuk program ini yang terdiri dari kalangan Kakitangan, PERSIAP dan ODS Pusat Koreksional Jasin. Majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan diiringi Timbalan Penguasa Penjara, Aswari Bin Che Ibrahim.