| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kembara Wakaf Ilmu 2.0 Anjuran Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Jasin, Melaka

4 April 2019 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Kembara Wakaf Ilmu 2.0 anjuran Kelab Sukarelawan dan Kepimpinan, Fakulti Perladangan dan AgroTeknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Ia melibatkan 24 pelajar serta pensyarah bersama 8 kakitangan institusi ini dan 15 Orang Di Selia (ODS). Antara aktiviti yang dijalankan ialah membina plot penanaman Rumput Napier Jenis Pastura dan Demo pembuatan Baja Kompos diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh YBhg, Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Prof Madya Dr. Asmah binti Awal, Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Jasin, Melaka  dan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.