| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Agung Tahunan Persiap Cawangan Taiping Kali Ke 27

Pada 06 April 2019 (Sabtu) jam 2.30 petang bertempat di Dewan Long Jaafar telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persiap Cawangan Taiping Kali Ke – 27. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun bagi mebincangkan perkara-perkara yang dilaksanakan seperti laporan Aktiviti PERSIAP tahun 2018, perbentangan penyata kewangan berakhir  bagi tahun 2018 dan perbentangan usul. Perasmian mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Taiping, PKK Charin Promwichit merangkap Penaung Persiap Cawangan Taiping. Dalam ucapan perasmian tersebut PKK Charin Promwichit menyeru supaya semua ahli-ahli PERSIAP bersatu hati dalam menjayakan setiap penganjuran aktiviti yang diadakan. Selain itu, beliau berharap agar semua ahli sentiasa melibatkan diri secara aktif dengan persatuan wanita yang lain seiring dengan kemajuan dan produktiviti wanita di masa kini dalam mencapai kesejahteraan keluarga. Seramai 120 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Persiap Cawangan Taiping, Puan Ooi Yok Hui dan diakhiri dengan cabutan bertuah.