| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Laporan Aktiviti Di Penjara Wanita Kota Kinabalu : Program Bicara An-Nisa Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 10 April 2019, Unit Agama, Penjara Wanita telah mengadakan Program Bicara An-Nisa’ iaitu ceramah bertajuk “Tanggungjawab dan hak wanita dalam keluarga Islam”. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Refflesia, Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu yang melibatkan 100 penghuni dan 10 orang pegawai. Penceramah jemputan adalah YA. Taherah binti Tahir, Hakim Mahkamah Syariah, Negeri Sabah diiringni oleh Ketua Inspektor Penjara Farrinah binti Gou Rahman. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu tentang hak dan tanggungjawab wanita terutamanya sebelum dan selepas berkahwin.