| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Institusi Penjara Limbang

Program Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Institusi Penjara Limbang telah diadakan pada 25 Mac 2019 (Isnin) bertempat di Dataran Dewan Gemilang Penjara Limbang. Perbarisan Bulanan Sempena Sambutan Hari Penjara tersebut dilengkapkan lagi dengan aturcara Pemakaian Pangkat Sarjan (TBK) dan penyampaian Pingat serta Sijil Penghargaan yang telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Limbang, PP Walace Anak Nawon. Majlis diakhiri dengan bacaan Perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Sempena Sambutan Hari Penjara Ke-229. Turut diadakan Gotong-royong membersihkan kawasan rumah kakitangan dan kawasan Penjara pada sebelah pagi manakala aktiviti senamrobik dan sukaneka diadakan pada sebelah petang. Program ini melibatkan seramai 95 orang anggota dan kakitangan Penjara Limbang.