| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Hari Anti Dadah Kebangsaan 2019 Peringkat Penghuni Penjara Tawau

Pada 06hb – 07hb Mac 2019, Institusi Penjara Tawau, Sabah telah mengadakan program sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2019 Peringkat Penghuni Penjara Tawau melibatkan penyertaan seramai 103 orang penghuni termasuk banduanita. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua penghuni tentang bahaya dadah, sebagai langkah pencegahan kepada semua penghuni-penghuni yang tidak terlibat dengan kes dadah supaya tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan juga memberi peluang kepada penghuni mencungkil bakat masing-masing dalam menyertai program pertandingan melukis poster anti dadah dan juga pertandingan kuiz anti dadah. Antara pengisian program sambutan pada kali ini ialah pertandingan kuiz anti dadah, pertandingan melukis poster anti dadah, ceramah anti dadah dari unit agama dan ceramah pencegahan dari pegawai AADK, Daerah Tawau. Program ini telah dirasmikan oleh PP Joreneddy Sylvester, Timbalan Pengarah Penjara Tawau. Di akhir program PP Joreneddy telah membakar replika dadah sebagai simbolik perasmian sambutan anti dadah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang yang telah menyertai pertandingan.