| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Hari Kesihatan Dan Temuseru Bersama Komuniti Parlimen Kuala Kedah Anjuran Bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kedah dan Jabatan Penjara Negeri Kedah

Pada 9 Mac 2019 bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Kedah, Pejabat Dun Anak Bukit, Alor Setar telah diadakan Hari Kesihatan Dan Temuseru Bersama Komuniti Parlimen Kuala Kedah. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kedah dan Jabatan Penjara Negeri Kedah yang dikelolakan oleh Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Setar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Azman Bin Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah. Turut hadir ialah Speaker Negeri Kedah Datuk Ahmad Kassim dan Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Mohd Sabri B. Yaacob.

Program turut dijayakan beberapa agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, AADK , MADA, Lembaga Hasil Dalam Negeri Dan CIMB bank. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, kempen menderma darah, pemeriksaan kesihatan, khidmat kaunter JPJ, pendaftaran Bantuan Sara Hidup oleh LHDN, acara sukaneka dan cabutan bertuah. Program ini turut melibatkan 43 ODP di bawah seliaan PPKD Kota Setar dan bertujuan mengukuhkan hubungan di antara komuniti Parlimen Kuala Kedah dan Jabatan Penjara Malaysia selain memberi informasi kepada komuniti peranan dan halatuju Jabatan Penjara Malaysia dalam memasyarakatkan ODP, ODS dan banduan dalam kelompok komuniti. Majlis ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan komuniti setempat.   Dalam konteks Parol, program ini dapat mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan membina jati diri dalam kalangan ODP di bawah seliaan PDD Kota Setar.