| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perbarisan Bulanan (Januari 2019) Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

9 Januari 2019 ( Rabu ) – Perbarisan Bulanan telah berlangsung di perkarangan Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) . Perhimpunan tersebut  diketuai PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA diiringi PP Anbalagan A/L Subramaniam Timbalan Pengarah PKPA,serta pegawai kanan,pegawai lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam .

Kemuncak perhimpunan adalah upacara pemakaian pangkat dari Inspektor Penjara ke Ketua Inspektor Penjara dan kenaikan pangkat gred DG48 (TBBK) bagi Perkhidmatan Pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia)  . Mendahului senarai Ketua Inspektor Penjara Faizul Bin Salji dan Cik Rozyrah Binti Ahmad Ramly. Seterusnya Acara penyampaian Sijil Tokoh Bulanan bagi bulan Disember bagi tahun 2018.Tokoh Bulanan bagi bulan Disember kopral 16884 Mohd Iskandar Bin mohd Noor.

Majlis diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan kunci van Jabatan Penjara Malaysia kepada Pegawai Kenderaan PKPA KIP Mohd Azizul Bin Yop Ahmad. Seterusnya penyerahan MyPortfolio daripada Encik Loqman Bin Mohd Yusop kepada Pengarah PKPA.

Ucapan Perutusan 2019 Komisioner Jeneral Penjara Jabatan Penjara Malaysia disampaikan oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor .