| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkaitan Sistem Perlaksanaan Sistem Kehadiran Staf (SPKS) di Penjara Taiping

Pada 07 Mac 2019 (Khamis), Penjara Taping telah menerima kunjungan daripada pegawai di bawah pentadbiran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang di ketuai oleh TKP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din Pengarah Penjara Sungai Buloh. Lawatan adalah untuk Perlaksanaan Sistem Kehadiran Staf (SPKS), anggota dan kakitangan serta rondaan menggunakan sistem biometrik di penjara Taiping. Ketibaan rombongon telah disambut oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping dan pegawai-pegawai kanan institusi. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat tatacara penggunaan Sistem Pengurusan Kehadiran Staf (SPKS). Lawatan telah berjalan dengan lancar dan penerangan serta taklimat telah disampaikan oleh pegawai yang bertanggungjawab disamping kehadiran oleh pegawai dari syarikat yang dilantik.Lawatan ini dianggap sebagai salah satu alternatif dan panduan bagi meningkatkan kecekapan kakitangan serta memberi pengetahuan  terutamanya dari segi Sistem Kehadiran Staf (SPKS) dan rondaan menggunakan Sistem Biometrik.

Seterusnya pada sebelah malam, perlawanan persahabatan tenpin boling telah berlangsung di Winners Bowl Taiping di antara kakitangan Penjara Taiping dan kakitangan Penjara Negeri Selangor. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim diantara kedua-dua institusi disamping beramah mesra di antara satu sama lain.